Pakatan Harapan's First Year in Putrajaya: Reform and Resistance
Main Article Content
Abstract
Abstract: On 9 May 2018, the longstanding ruling regime in Malaysia, the Barisan Nasional (the National Front, BN), suffered its first loss in the 14th General Election (GE14) to the Pakatan Harapan (the Alliance of Hope, PH) despite its heavy use of authoritarian measures. In the subsequent months, several reforms were primarily made by changing the heads of key government agencies apart from reviewing those agencies' role in democratisation. Although the standard of reforms in Malaysia during the first year of PH's rule was arguably a small-scale restructuring, it has attracted substantial resistance from certain quarters – from within and outside the new ruling party. This article contends that the reform projects implemented by the Mahathir-led PH government during its first year in Putrajaya were somewhat constrained by the structural characteristics of the new ruling party alongside the current reality of the Malaysian economy and its society. For these reasons, the objective of this article is two-fold. Firstly, it makes a concise survey of the reform projects that the PH government implemented between mid-2018 to mid-2019. Secondly, it identifies the sources of resistance that have significantly constrained the potential for a fuller level of democratisation in the Mahathir-led PH government.
Keywords: Anwar Ibrahim, democratisation in Malaysia, Mahathir Mohamed, Pakatan Harapan, reform,
Abstrak: Pada 9 Mei 2018, Barisan Nasional (BN) telah ditewaskan buat pertama kalinya oleh pakatan pembangkang. Melalui pendekatan politik yang strategik dan pragmatik dalam usahanya untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan mereformasi pemerintahan negara, Pakatan Harapan (PH) berjaya mengalahkan BN meskipun dengan majoriti yang kecil. Tidak lama kemudian, beberapa perubahan dilakukan kebanyakannya dengan menukar ketua-ketua agensi kerajaan selain daripada menyemak semula peranan agensi-agensi itu dalam proses pendemokrasian. Walaupun tahap reformasi di Malaysia pada tahun pertama pemerintahannya boleh dihujahkan sebagai satu penstrukturan semula yang berskala rendah, ia telah menarik penentangan yang signifikan dari beberapa pihak – di dalam dan di luar parti pemerintah. Artikel ini menghujahkan projek reformasi yang dilaksanakan pada tahun pertama kerajaan PH di bawah kepimpinan Mahathir secara umunya tercengkam dengan struktur parti pemerintah, ekonomi Malaysia dan masyarakatnya. Untuk itu, artikel ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, ia membuat refleksi terhadap projek reformasi yang dilaksanakan oleh PH dari pertengahan tahun 2018 sehingga pertengahan tahun 2019. Kedua, ia mengenal pasti punca-punca penentangan terhadap reformasi yang telah secara signifikannya mengekang potensi pendemokrasian yang lebih menyeluruh dalam kerajaan PH pimpinan Mahathir.
Kata kunci: Anwar Ibrahim, pendemokrasian di Malaysia, Mahathir Mohamed, Pakatan Harapan, reformasi,
Downloads
Article Details
To learn more about our Open Acess and Copyright Policy, click here