Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024: Dinamika, Isu dan Implikasi Global
Main Article Content
Abstract
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 5 November 2024 menyaksikan kemenangan kali kedua Donald Trump sebagai presiden dalam sejarah politik Amerika. Trump berjaya mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengundi Republikan meskipun menghadapi cabaran sengit daripada lawannya, iaitu Kamala Harris yang bertanding di bawah tiket parti Demokrat. Pilihan raya presiden 2024 ini dilihat sebagai peristiwa signifikan yang mencerminkan perubahan politik, ekonomi, dan sosial yang besar dalam konteks moden. Dalam keadaan politik yang berpecah, tumpuan diberikan kepada pengaruh pengundi muda, dikotomi bandar-luar bandar dan minoriti, serta isu-isu seperti ekonomi, hak asasi manusia, dan perubahan iklim yang menjadi agenda utama. Oleh itu, komentar ini membincangkan beberapa dimensi utama pilihan raya presiden AS dengan menumpukan kepada dinamika politik terkini, isu-isu kritikal, serta implikasi global pilihan raya ini. Pada skala global, keputusan pilihan raya ini bukan hanya membawa kesan besar kepada dasar politik dan ekonomi di Amerika Syarikat sahaja, namun ianya memberi impak besar terhadap hubungan dan keselamatan antarabangsa, khususnya isu Palestin-Israel. Secara keseluruhan, artikel ini menekankan signifikan pilihan raya ini dalam menentukan arah masa depan AS dan implikasinya terhadap landskap geopolitik dunia.
Kata Kunci: dinamika; isu; implikasi; geopolitik; Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat
Downloads
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
To learn more about our Open Acess and Copyright Policy, click here
References
Blais, A., and M. St-Vincent. 2018. The US Election: An Overview of the 2016 and 2020 Elections. New York: Springer.
CNN Politics. 2024. "Election 2024: Presidential Results." https://www.cnn.com/election/2024/results/president?election-data-id=2024-PG&election-painting-mode=projection-with-lead&filter-key-races=false&filter-flipped=false&filter-remaining=false.
Election Lab. 2024. "2024 General Election Turnout." Florida: University of Florida.
Fiorina, M. P., S. J. Abrams, and J. C. Pope. 2005. Culture War? The Myth of a Polarized America. New York: Pearson Longman.
Hall, T. E. 2012. Primer on the U.S Election System. Washington: International Foundation for Electoral System.
Klein, N. 2020. This Changes Everything: Capitalism vs. the Climate. New York: Simon & Schuster.
Lindsay, J. M. 2024. "The 2024 Election by the Numbers." Council on Foreign Relations, December 18. https://www.cfr.org/article/2024-election-numbers.
Mearsheimer, J. 2021. The Tragedy of Great Power Politics. New York: W.W. Norton & Company.
Newsnation. 2024. "Trump vs. Harris: Where They Stand on Issues That Matter to Voters." https://www.newsnationnow.com/politics/2024-election/trump-harris-political-views/.
Pew Research Center. 2023. "The Political Divide in the United States: A Look at How Americans View Their Political Parties." Pew Research Center. https://www.pewresearch.org.
Reuters. 2024. "Trump Wins Arizona, Sweeping All Seven Battleground States." November 9. https://www.reuters.com/world/us/trump-wins-arizona-sweeping-all-seven-battleground-states-edison-research-says-2024-11-10/.
Tufekci, Z. 2017. Twitter and Tear Gas: The Power and Fragility of Networked Protest. New Haven: Yale University Press.
Walt, S. M. 2020. "The Death of American Competence." Foreign Policy, March 23. https://foreignpolicy.com/2020/03/23/death-american-competence-reputation-coronavirus/.
Ziblatt, D., and S. Levitsky. 2018. How Democracies Die. New York: Crown Publishing Group.