Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan jurnal SINERGI menerima makalah orbituari (jasamu dikenang) secara berkala/tidak berkala bagi mengenang sumbangan seseorang sarjana dalam bidang Sains Politik, Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Strategik. Keutamaan diberikan kepada tokoh Malaysia, serantau atau mana-mana tokoh akademik global yang begitu signifikan dalam memajukan perkembangan bidang atau mengangkat nama Malaysia dalam bidang di peringkat dunia. Makalah orbituari akan diterbitkan bersama makalah lain mengikut jadual penerbitan tahunan yang di tetapkan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Editor: sinergi@ukm.edu.my