Perubahan Dasar Pewasitan Manuskrip SINERGI: Semakan Manuskrip oleh Dua Pewasit Tanpa Nama
Posted on 2023-11-11Mulai Oktober 2023, SINERGI akan menjadi jurnal dalam talian yang melaksanakan semakan makalah oleh dua orang pewasit tanpa nama dan secara sulit. Sidang Editorial telah bersetuju tentang perlaksanaan polisi ini bagi meningkatkan kualiti makalah yang diterbitkan. Sidang Editorial akan mempertimbangkan cadangan penerbitan dan keputusan berdasarkan laporan pewasitan oleh dua orang pewasit bebas dan tanpa nama bagi semua isu dan jilid yang akan diterbitkan oleh SINERGI. Penulis akan menerima komen dan maklum balas daripada pengulas luar (tanpa mengetahui identiti penilai) dan akan dimaklumkan tentang keputusan jurnal, sama ada penerimaan penuh, penerimaan dengan semakan atau penolakan manuskrip yang telah dihantar oleh penulis. Keseluruhan proses semakan akan mengambil masa 3 hingga 4 bulan selepas penghantaran sesebuah manuskrip.