Pada 1 Julai 2022, SINERGI: Journal of Strategic Studies and International Affairs telah menerbitkan isu baharu, dan menumpukan tema terbitan makalah terpilih dengan mengambil kira situasi darurat semasa wabak Covid-19. Jilid ini terdiri daripada artikel yang menarik, bermaklumat dan terdiri daripada pelbagai disiplin, yang dapat menjadi sumber penting untuk ahli akademik, pembuat dasar dan pelajar yang berminat dalam Kajian Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa Malaysian sewaktu tempoh pandemik dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Sekatan Penuh. Artikel boleh dilayari melalui laman SINERGI: https://sinergiukm.my/jou/index.php/sei/issue/archive