Mengenderkan Penglibatan Indonesia dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Main Article Content
Abstract
Pengajian Gender dan Keamanan semakin mendapat perhatian dalam disiplin Hubungan Antarabangsa. Perkembangan mutakhir ini semakin menuntut pemahaman gender yang baik; secara khusus dalam konteks sumbangan kepada keamanan dunia melalui penglibatan dan aktivisme wanita dalam misi penjagaan keamanan antarabangsa. Tentera wanita Indonesia telah menyumbang terhadap misi menjaga perdamaian di negara-negara yang terkena dampak konflik seperti dalam misi UNIFIL di Lebanon. Dengan memberi tumpuan kepada isu penghantaran tentera wanita Indonesia dalam Misi Penjagaan Keamanan PBB, makalah ini membincangkan konsep gender dan peranan dalam misi keamanan global, dengan tumpuan khusus kepada keterlibatan wanita Indonesia dalam pasukan pengaman PBB. Kaedah penyelidikan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan memanfaatkan kedua-dua sumber primer dan sekunder dalam bentuk laporan rasmi, serta artikel dari buku, majalah dalam bentuk bercetak, dan juga yang diperolehi dari sumber online yang berautoriti. Hasil penelitian membuktikan bahawa melalui penglibatan wanita Indonesia dalam Misi Menjaga Keamanan PBB, Indonesia bukanlah aktor negara tanpa gender. Secara tidak langsung, patriarkalisme yang menjadi ciri negara yang melebihkan lelaki (maskulin) sedang mengalami transformasi dengan penglibatan wanita dalam sektor keselamatan yang kritikal ini. Dalam erti kata lain, posisi wanita semakin mendapat pengiktirafan. Kedua, peranan yang dilakukan oleh tentera dan polis wanita Indonesia dalam Misi penjagaan Keamanan PBB adalah refleksi aktiviti politik tingkat tinggi (high politics). Namun, uniknya melalui peranan wanita khususnya dalam membantu agenda pemulihan pasca konflik, agenda keamanan antarabangsa juga boleh diselesaikan melalui aktiviti yang dikaitkan sebagai low politics.
Abstract: Gender and Peace Studies are gaining more and more attention in International Relations. Recent developments increasingly demand a good understanding of gender aspects, specifically in the context of contribution to world peace through women's involvement and activism in international peacekeeping missions. Indonesian female soldiers have contributed to peacekeeping missions in conflict-affected countries, such as the UNIFIL mission in Lebanon. By focusing on the issue of the deployment of Indonesian women soldiers in UN Peacekeeping Missions, this article has discussed the concept of gender and roles in global peace missions, with a particular focus on the involvement of Indonesian women in UN peacekeeping forces. Qualitative research methods have been used in this study by utilizing both primary and secondary sources in the form of official reports, as well as articles from books, articles, and magazines in printed form, as well as those obtained from authoritative online sources. Research results prove that through the involvement of Indonesian women in the UN Peacekeeping Mission, Indonesia is not a genderless national entity. Indirectly, the patriarchalism characteristic of the masculine state is seen to have experienced a transformation with the involvement of women in this critical security sector. In other words, women's position is gaining recognition. Secondly, the role played by the Indonesian military and policewomen in the UN Peacekeeping Mission is a reflection of high-level political activity. However, uniquely through the role of women, especially in helping the post-conflict recovery agenda, the international peace agenda can also be resolved through activities associated with low politics.
Keywords: Gender and Peace Studies, engendering Indonesian perspective, increasing women’s involvement and gender sensitivity in Indonesia’s involvement in the United Nations (UN) peacekeeping operation, Indonesia at the UN
Downloads
Article Details
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
To learn more about our Open Acess and Copyright Policy, click here