Penyelidikan Semasa Mengenai Isu Pemerdagangan Manusia di Malaysia

Main Article Content

Nadirah Mohd Azmi
Intan Suria Hamzah
Marshaelahyanti Mohamad Razali

Abstract

Abstrak: Nota penyelidikan ini bertujuan untuk menilai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu pemerdagangan manusia terutama dari aspek polisi, perundangan, penguatkuasaan, penjagaan dan perlindungan, liputan media serta kempen-kempen kesedaran. Menggunakan pendekatan kualitatif analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual mendalam dengan wakil pelbagai agensi seperti Pejabat Strategik Nasional (NSO) bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO-MAPO), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan ahli akademik, hasil kajian mendapati terdapat dua bahagian utama, iaitu aspek perlindungan dan penguatkuasaan, yang perlu ditambah baik bagi menangani isu ini. Aspek ini mempunyai pelbagai kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya adalah literasi dalam kalangan agensi kerajaan Malaysia khususnya dari segi perlindungan dan penguatkuasaan. Oleh itu, adalah disarankan untuk menyesuaikan amalan terbaik untuk menangani pemerdagangan manusia di kalangan negara anggota ASEAN dengan belajar daripada negara seperti Thailand, Filipina dan Singapura.


Kata kunci: literasi, pemerdagangan manusia, penguatkuasaan, perlindungan, perundangan,


DOI: 10.17576/sinergi.0301.2023.07


Maklumat Artikel: 21 Disember 2022; Tarikh penerimaan: 10 Mei 2023; Tarikh Penerbitan: 31 Julai 2023.


Penghargaan dan Pengisytiharan: Para penulis ingin merakamkan rasa terima kasih mereka kepada pengulas tanpa nama SINERGI dan maklum balas membina mereka dalam meningkatkan kualiti manuskrip. Kajian ini melibatkan tajaan Skim Geran Penyelidikan Fundamental(FRGS/1/2021/SS0/UPSI/02/5)yang  telah  diterima  oleh  para  penyelidik  Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu,  projek  ini  melibatkan  kerjasama penyelidikan dengan  para  penyelidik  dari  Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) dan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Para penulis dan Penyelidik juga  ingin merakamkan  setinggi  penghargaan bagi  sokongan  penyelidikan yang telah diberikan oleh FSSK, UKM, UPSI, CENTHRA, Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pusat Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Manusia serta ahli akademik  di  beberapa  universiti  awam  lain  yang  lain  kerana  membolehkan kajian  ini mencapai objektifnya


 


Abstract: This research note evaluates the Malaysian government's efforts to combat human trafficking. The study examines policies, legislation, enforcement, care and protection, media coverage, and awareness campaigns. Using a qualitative approach of document analysis, observation, and interviews with representatives from various agencies, including the National Strategic Office (NSO) for Anti-Trafficking in Persons and the Migrant Anti-Smuggling Council (NSO-MAPO), non-governmental organizations (NGOs), and academics. The study reveals that two main areas require improvement: protection and enforcement. These aspects have various weaknesses that need to be addressed, including low literacy among government agencies regarding protection and enforcement. Therefore, it is recommended that Malaysia adopt the best practices from ASEAN member countries, such as Thailand, the Philippines, and Singapore, to combat human trafficking effectively.


Keywords:  literacy, human trafficking, enforcement, protection, legislation,


DOI: 10.17576/sinergi.0301.2023.07


Article Information: Submission date: 21 December 2023; Acceptance date: 10 May 2023; Publication date: 31 July 2023.


Acknowledgement and Declaration: The Authors would like to show their gratitude to SINERGI’s anonymous reviewers and their constructive feedback in improving the quality of the manuscript. This study involves the sponsorship of the Fundamental Research Grant Scheme (FRGS/1/2021/SS0/UPSI/02/5) which has been received by the researchers of Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) from the Ministry of Higher Education Malaysia. In addition, this project involves research collaboration with researchers from the Human Rights Research and Advocacy Center (CENTHRA) and the Faculty of Social Sciences and Humanities (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Authors and Researchers would also like to express their appreciation for the research support provided by FSSK, UKM, UPSI, CENTHRA, the Malaysian Immigration Department, the Royal Malaysian Police, the Centre for the Protection of Victims of Human Trafficking as well as academics at several other public universities for enabling this study to achieve its objectives.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Mohd Azmi, N., Hamzah, I. S., & Mohamad Razali, M. (2023). Penyelidikan Semasa Mengenai Isu Pemerdagangan Manusia di Malaysia. SINERGI : Journal of Strategic Studies & International Affairs, 3(1), 87–94. https://doi.org/10.17576/sinergi.0301.2023.07
Section
Research Note

References

KDN, Malaysia. 2019. “Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Penemuan Ken Penempatan Sementara dan Kubur di Wang Kelian, Perlis.” Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia. Dilayari pada 29 Julai 2023. https://www.moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/UKOM/LAPORAN_RCI_BM_COM.pdf

Nafisah, Ilham Hussin., dan Ahmad Miqdad Shamsuddin. 2021. “Perkembangan Ekonomi di Malaysia sebagai Lubuk Jenayah Pemerdagangan Manusia untuk Eksploitasi Seksual.” Dlm Isu Kemanusiaan dalam Matlamat Pembangunan Lestari, disunting oleh Muhammad Ridhwan Sarifin dan Mohd Hairy Ibrahim, 133-153. Batu Pahat: Penerbit UTHM.

Nur Zulaikha Afifah Abd Rohim and Yarina Ahmad. 2017. “Factors Contributing to Women Trafficking in Malaysia: Perspectives from Policy Maker, Implementers & Non-Governmental Organization.” Journal of Administrative Science 14, no. 3: 1-23.

Othman, Zarina and Nor Azizan Idris. 2016. “Illicit Drugs as Human Security Threat in East Asia.” In Advancing the Regional Commons in the New East Asia, edited by Siriporn Wajjwalku, Kong Chong Ho, and Osamu Yoshida, 29-52. London: Routledge.

Othman, Zarina., Nor Azizan Idris, dan Mohd Kamal Omar. 2015. “Pemerdagangan Manusia dan Keselamatan Insan di Malaysia.” Dlm Migrasi dan Keselamatan, disunting oleh Zarina Othman and Nor Azizan Idris, 50-76. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman, Zarina., Nur Ruhana Nasuha Abdullah Jian and Abdul Halim Mahamud. 2013.“Non-Traditional Security Issues and the Stability of Southeast Asia.” Jurnal Kajian Wilayah 4, no. 2: 150-164.

Shahri, Mohd Firdaus., dan Mohd Ikbal Mohd Huda. 2022. “Konflik di Selatan Thailand: Implikasi Terhadap Keselamatan Nasional Malaysia.” E-Bangi 18, no. 3: 138-158.

SUHAKAM. 2019. “Laporan Tahunan 2019.” Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Dilayari pada 29 Julai 2023. https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2021/02/SUHAKAM-LT2019-1.pdf

Susanti, Heni., Syafrinaldi, dan Wira Atma Hajri. 2022. “Perbandingan Aturan Hukum

tentang Tindak Pidana Perdagangan Orang di Indonesia dan Malaysia.” Kodifikasi 4, no. 1: 91-108.

UNHRC. 2018. “Universal Periodic Review (UPR) 31st Session.” Human Rights Situation in Malaysia. Geneva: United Nations Human Rights Council (UNHRC).

US Department of State. 2021. “Trafficking in Persons Report: Malaysia.” US Department of State. Accessed on August 25, 2022. https://my.usembassy.gov/our-relationship/official-reports/2021-trafficking-in -persons-report-Malaysia/