Hubungan Ekonomi Malaysia-Indonesia (1981-2003)

Main Article Content

Mohamad Rodzi Abd Razak
Wan Nor Shamimi Wan Azhar

Abstract

Abstrak: Regionalisme dan rekonsiliasi adalah mekanisme penting dalam proses pengukuhan hubungan antara negara. Keperluan dasar luar yang tergolong dalam konteks kepentingan faktor ekonomi, menjamin kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan sosial di peringkat serantau. Kajian ini bertujuan meneliti hubungan Malaysia – Indonesia dari tahun 1981 sehingga tahun 2003. Tumpuan kajian diberikan kepada kerjasama yang melibatkan Malaysia dan Indonesia dalam bidang ekonomi khususnya sewaktu Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia. Meskipun hubungan Malaysia – Indonesia dianggap dingin ketika era pentadbiran Mahathir Mohamad, namun keakraban dan kesalingbergantungan antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang yang terjalin sejak berabad lama sememangnya tidak dapat dilenturkan. Melalui rekonsiliasi dan persefahaman yang terjalin serta kesedaran terhadap kepentingan hubungan bilateral yang akrab, Malaysia dan Indonesia melestarikan kerjasama ekonomi khususnya dalam sektor perikanan, pertanian, perdagangan serta pelaburan demi kemakmuran ekonomi masing-masing. Kajian ini bersifat kualitatif berdasarkan kaedah kajian sejarah melalui analisis kandungan terhadap dokumen rasmi kerajaan, artikel, buku, akhbar serta laman sesawang berwibawa. Makalah ini merumuskan bahawa dalam tempoh era pentadbiran Mahathir Mohamad terdapat kerjasama penting yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia yang telah mengeratkan lagi hubungan keduanya di samping turut memberi kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara.


Kata Kunci: hubungan ekonomi, Malaysia-Indonesia, Mahathir Mohamad, regionalisme, rekonsiliasi,


 


Abstract: Regionalism and reconciliation are essential mechanisms for strengthening relations between countries. Foreign policy is necessary to forge closer ties to ensure political, economic and social stability in neighbouring countries. This research examines the relationship between Malaysia and Indonesia from 1981 to 2003. The study focuses on economic bilateral cooperation, especially during Mahathir Mohamad’s term as Prime Minister of Malaysia. Although the relationship between Malaysia and Indonesia was considered cold during this period, their closeness and interdependence in various fields, forged for centuries, is undeniable. Through reconciliation and understanding, Malaysia and Indonesia have maintained economic cooperation, especially in fisheries, agriculture, trade and investment. This study uses qualitative methods based on historical research through content analysis of official government documents, articles, books, newspapers and authoritative websites. This article concludes that during Mahathir Mohamad’s era, bilateral cooperation was essential and strengthened the relationship between the two countries in addition to positively impacting the economic growth in both countries. 


keywords: economic relations, Malaysia-Indonesia, Mahathir Mohamad, regionalism, reconciliation,

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Razak, M. R. A. ., & Azhar, W. N. S. W. (2021). Hubungan Ekonomi Malaysia-Indonesia (1981-2003). SINERGI : Journal of Strategic Studies & International Affairs, 1(1), 97–115. https://doi.org/10.17576/sinergi.0101.2021.06
Section
Original Research Article