Peranan Badan Pemikir Dalam Wacana Turki - Kesatuan Eropah: Kajian Kes Iktisadi Kalkinma Vakfi (IKV)

Main Article Content

Safwan Saparudin
Russli Kamarudin

Abstract

Abstrak : Peranan aktor bukan kerajaan (ABK) semakin menyinar dalam wacana pembangunan dasar-dasar luar negeri dan hubungan antarabangsa. Dalam konteks perjalanan integrasi Turki dalam Kesatuan Eropah (EU), badan pemikir yang independen dilihat berfungsi sebagai “enjin utama” dalam usaha-usaha menjana idea dan strategi, memacu projek-projek libaturus serta mengembangkan wacana integrasi dalam kalangan pemegang-pemegang taruh seperti elit politik, komuniti usahawan, cendekiawan, kumpulan berkepentingan termasuk rakyat awam asing. Makalah ini berusaha meninjau peranan badan pemikir yang terlibat secara langsung dalam proses merealisasikan matlamat strategik Turki untuk menyertai EU, berdasarkan kerangka taksonomi diplomasi awam. Sebagai kajian kes, peranan Yayasan Pembangunan Ekonomi - İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV) diteliti secara kualitatif, menerusi kaedah temu bual dan dokumen analisis bersumberkan laporan penyelidikan, akhbar dan laman sesawang berautoritatif. Kajian ini mendapati pengaruh badan pemikir yang bebas semakin diperlukan dalam proses pembingkaian agenda, formulasi, pelaksanaan dan pemantauan dasar-dasar strategik hubungan Ankara-Brussels. Dalam arena diplomasi awam, inisiatif dialog dan libaturus yang dipacu oleh ABK berpotensi merangsang hubungan kerjasama dan kesefahaman bersama dalam mengurus polemik dan jurang sosio-politik yang semakin mendalam.


Kata Kunci: badan pemikir, dasar luar, diplomasi awam, Kesatuan Eropah, Turki,


 


Abstract: The role of non-state actors (ABK) is increasingly prominent in foreign policy development. In the context of Turkey’s integration into the European Union (EU), independent think tanks are seen as the “prime mover” in the efforts to generate ideas and strategies, driving engagement projects and develop integration discourses among stakeholders such as the political elites, the community of entrepreneurs, scholars, interest groups and foreign public. In the realm of public diplomacy, the dialogue and engagement initiatives driven by ABK have the potential to stimulate cooperation and mutual understanding in managing polemics and socio-political gaps. This article seeks to examine the role of think tanks that are directly involved in realising Turkey’s strategic goal of joining the EU, based on the taxonomic framework of public diplomacy. As a case study, the role of the Economic Development Foundation - İktisadi Kalkınma Vakfı (İKV) was examined qualitatively through interviews and analysis of documents sourced from research reports, newspapers, and authoritative websites. This study found that the influence of independent think tanks is increasingly needed in agenda framing, formulation, implementation, and monitoring of the strategic policies of Ankara-Brussels relations strategic policies. 


Abstract: think-tank, foreign policy, public diplomacy, European Union, Turkey,

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Saparudin, S. ., & Kamarudin, R. (2021). Peranan Badan Pemikir Dalam Wacana Turki - Kesatuan Eropah: Kajian Kes Iktisadi Kalkinma Vakfi (IKV). SINERGI : Journal of Strategic Studies & International Affairs, 1(1), 163–197. https://doi.org/10.17576/sinergi.0101.2021.09
Section
Original Research Article