Ancaman Penculikan Untuk Tebusan Di Pantai Timur Sabah, Malaysia: Peranan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2)
Main Article Content
Abstract
Abstrak: Pantai Timur Sabah merupakan wilayah yang amat terdedah kepada ancaman keselamatan rentas sempadan khususnya penyeludupan barangan dan senjata, kemasukan pendatang haram, kumpulan ekstremisme dan ancaman Penculikan untuk Tebusan (KfR). Salah satu daripada ancaman utama di kawasan ini adalah aktiviti KfR yang dilakukan oleh Kumpulan Abu Sayyaf (KAS) dari Selatan Filipina. Dalam usaha menangani ancaman ini, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak kerajaan termasuklah menubuhkan beberapa agensi keselamatan di Malaysia. Namun, dalam membincangkan ancaman ini, kajian-kajian awal lebih banyak memfokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam menangani masalah ini. Namun, peranan beberapa agensi-agensi keselamatan lain turut memainkan penting dalam memahami situasi tersebut. Justeru, makalah ini cuba mengkaji peranan dan fungsi yang dimainkan oleh Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam mengawal keselamatan di Pantai Timur Sabah. Kajian ini menggunakan metode penyelidikan kualitatif melalui teknik temu bual, beberapa siri kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta dokumen rasmi kerajaan. Makalah ini mendapati walaupun berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran dalam mendepani masalah keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), namun peranan ATB2 amat penting dalam menjamin keselamatan negara.
Kata Kunci: Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), keselamatan Pantai Timur, Sabah, Penculikan untuk Tebusan (KfR), Sabah
Abstract: The East Coast of Sabah is particularly vulnerable to cross-border security threats, especially smuggling of goods and weapons, entry of illegal immigrants, extremist groups and kidnapping for Ransom (KfR). One of the main threats in this area is the KfR carried out by the Abu Sayyaf Group (KAS) from the Southern Philippines. To address this threat, the government has made efforts such as establishing security agencies in Malaysia. However, preliminary studies focus more on the role of the Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) in addressing this problem, even though several other security agencies also contribute to understanding the situation. This article attempts to analyse the Joint Task Force 2 (ATB2) and its function in controlling security on the East Coast of Sabah. This study uses qualitative research methods through interview techniques, fieldwork and library studies, and official government documents. The article found that despite various security issues and challenges in the Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) region, the role of ATB2 is crucial in ensuring national security.
Keywords: Join Task Force 2 (ATB2), East Coast security, Sabah, kidnapping for Ransom (KfR), Sabah,
Downloads
Article Details
To learn more about our Open Acess and Copyright Policy, click here